Proses-proses menegak dalam kitaran hidrologi :
1- Proses sejatan :
Proses penukaran cecair kepada wap air (gas).
Ia memerlukan tenaga haba dari pancaran matahari atau sinaran bumi.
2- Proses pemeluwapan :
Apabila wap air sampai ke garis tepu, persekitaran yang sejuk menyebabkan wap air membebaskan haba pendam untuk membentuk titik-titik air lalu membentuk awan.
3- Proses kerpasan :
Dari awan pelbagai bentuk kerpasan turun seperti hujan, hujan batu dan salji.
4 - Proses infiltrasi :
Keupayaan air masuk ke dalam lapisan tanah membentuk air bawah tanah.
5 - Proses transpirasi :
Daun-daun litupan bumi hilang air dalam bentuk wap air dari stoma daun. Jumlah kehilangan air turut dipengaruhi oleh suhu udara.
Kitaran Sistem Hidrologi |
Dalam Rajah Kitaran Hidrologi, air di lautan, atmosfera, dan daratan sentiasa mengalami
pertukaran fizikal dan ruang.
Pancaran matahari menyebabkan pemanasan berlaku pada permukaan yang menerima
cahaya suria dan ini menyebabkan sejatan.
Sejatan keatas permukaan dari daratan dan lautan bersama sejat pepeluhan dari tumbuh-tumbuahan membekalkan banyak wap air ke atmosfera.
Sementara itu, proses pemeluwapan yang berlaku di atmosfera menyebabkan pembentukan awan dan mewujudkan kerpasan, iaitu hujan, hujan batu, atau salji yang turun ke daratan atau lautan semula.
Apabila tiba di bumi, ia akan mengalir sebagai air larian permukaan atau meresap masuk ke dalam tanah sebagai air bawah tanah yang kemudiannya akan masuk ke dalam laut dan akan disejat semula..
Pusingan yang lengkap ini dikenali sebagai Edaran hidrologi atau Kitaran hidrologi..
Sistem Hidrologi :
KONSEP DAN DEFINISI
KITARAN HIDROLOGI
♥ Pergerakan air dalam semua keadaan asal seperti wap air, cecair, dan pepejal yang bergerak meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun ke tanah dalam bentuk kerpasan.
SEJATAN
SEJAT-PELUHAN (TRANSPIRASI)
♥ Pepeluhan ialah kehilangan air melalui liang-liang stoma daun. Proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
PEMELUWAPAN
♥ Pemeluwapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau cairan salji. Pemeluwapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi ke atmosfera.
KERPASAN
PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA
♥ Merujuk kepada halangan daripada kanopi tumbuhan kepada air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang, dan lain-lain yang menyebabkan tidak semua air hujan akan menimpa bumi.
Salah satu imej pintasan |
AIR LARIAN
♥ Air larian ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir sama ada diatas permukaan bumi sub-permukaan atau dalam sungai setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang digunakan oleh tumbuhan.
SUSUPAN AIR BAWAH TANAH (INFILTRASI)
♥ Susupan bererti pergerakan air hujan yabg berlaku secara menegak menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara didalam tanah. Kadar susupan atau ketelusan ini bergantung kepada saiz, bentuk dan peratus liang pori yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah.
konsep susupan air bawah tanah |
AIR TANAH
AKUIFER
PERGERAKAN AIR TANAH
♥ Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya. Seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.